Salam...
Dalam menjalani hari-hari dalam bulan yang barakah ini, pelbagai pengajaran dan iktibar yang boleh kita peroleh. Yang paling utama ialah KESABARAN. Dalam menjalani ibadah puasa ini, sabar merupakan satu nilai yang perlu diambil perhatian. Dengan adanya sifat SABAR, InsyaAllah, ibadah puasa kita akan dapat dilaksanakan dengan sempurna malah apa jua perkerjaan atau tugas yang dipertanggungjawabkan akan dapat kita lakukan dengan sebaik mungkin. Kemudian, melalui sifat SABAR inilah juga antara lain akan dapat melahirkan akhlak yang terpuji contohnya; walaupun ketika sibuk dan perlu membuat pelbagai kerja dalam sesuatu masa, kita pasti boleh menguntum SENYUMAN. Dengan SENYUMAN yang lahir dari hati yang ikhlas, InsyaAllah kita akan disenangi oleh teman sekerja dan juga pegawai atasan.
Yang sebenarnya, saya pernah terbaca mengenai dalam menghasilkan sesuatu bentuk penulisan, ia mestilah datangnya dari HATI. Saya sedaya upaya cuba memahami dan mendalami penulisan BELIAU (nanti saya akan nyatakan SIAPA BELIAU)supaya pada masa ini dan akan datang, saya dapat menulis terus dari HATI, InsyaAllah...
Sejujur-jujurnya, masih ada banyak gambar yang ingin dipaparkan di sini. Namun disebabkan kekangan MASA (saya yang masih tidak betah untuk mengahargai MASA), akan saya paparkan bila berkesempatan, InsyaAllah...
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
No comments:
Post a Comment