Tuesday, June 26, 2012

CNY::Makanan Di Kampung

Salam...


Sepanjang percutian kali ini, aku telah cuba sedaya upaya untuk control gaya pemakanan supaya berat badan tak naik dengan mendadak, hahaha...Tapi, itu laa...kita hanya mampu merancang,hehehe...pagi-pagi dah tersedia breakfast yang terdiri daripada bihun@mee goreng, keropok lekor@apam balik...kacang n roti sentiasa ada atas kaunter makanan.cereal macam-macam jenis. air pulak, telah jadi satu kemestian dihidangkan teh tarik. oren twister tersusun berderet-deret, tak termasuk lagi, susu dutch lady, soya n yoghurt drink.hish..abih la dietku...


Dinner plak ummi pernah hidangkan laksa, sup sayur, daging sweet sour, daging black paper, ayam masak merah, ayam goreng dsbgnya...tempe n tauhu selalu ada untu kudap-kudapan...buah oren selambak, nanas yang telah siap dipotong pun ada (aku kan xsuka buah-buahan berkulit, renyah) n betik...alahai mewahnya (Alhamdulillah).


Di kampung juga aku sempat buat kek batik marie utk tok. Buah melaka n kuih lapis pisang juga sempat kumasak untuk test power. Bukan apa, minat memasak mmg ada, tapi mengenangkan bahan-bahan yg perlu disediakan renyah untuk dibeli, mmg membantutkan semangat untuk memasak. Tapi lain ceritanya di kampung ni. Sebut sahaja nak apa, mesti ummi kata ada stok, Alhamdulillah, sangat happy...