Friday, July 11, 2014

Setahun Lebih....

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan Kareem 1435H.  Sepanjang tempoh setahun lebih tidak menulis, minda berlegar memikir apa yang hendak diceritakan.  Bayangkan setiap masa ada sahaja perkara yang terjadi, inikan pula dalam tempoh setahun lebih...

Sebagai permulaan dan kenang-kenangan, pada hari Jumaat Sayyidul-Ayyam ini, diperkenalkan Ahmad Zuhair bin Mohamad Norman, permata hati mama dan abah.



Allolololo...comelnyaaaa...............
Suka tengok gambar ni...Ahmad Zuhair lahir pada 3 Oktober 2013 di Hospital Putrajaya.  Sepanjang tempoh berpantang di Putrajaya, banyak perkara baru yang dipelajari dan perlu difahami.  Bukan mudah rupanya nak menjadi seorang mama ni......

Alhamdulillah, Ahmad Zuhair ni sangat well behave dan seingat saya, ada satu malam sahaja Ahmad Zuhair menangis tanpa henti, mungkin perut tak selesa agaknya.  Cuak juga saya dan suami.  Macam-macam cara dicuba untuk tenangkan Ahmad Zuhair tapi tak berjaya.  Selepas baca surah Yaasin, letakkan minyak Amway, urut perut dan belakang dia, barulah terlelap sampai pagi.  Legaaaaaaaa...  The rest, Alhamdulillah.  Menagis/ merengek manja sahaja sewaktu meminta perhatian mama dan abah untuk minum/ makan/ tidur/ buang air.

Sekarang Ahmad Zuhair dah berusia 9 Bulan 10 hari.  Sangat gigih nak berjalan.  Gigi bawah dah tumbuh 2 batang.  Selalu Ahmad Zuhair rasa gigi sendiri dengan lidah dia.  Lepas tu gelak sorang-sorang..Geli la tu...Pastu ambik tangan mama masukkan dalam mulut dia, nak bagitau gigi dia dah tumbuh...Sweet...



 Banyak yang berubah dengan adanya Ahmad Zuhair.  Antaranya, kalau kat ofis, sentiasa sedaya upaya untuk siapkan kerja secepat mungkin, sebab nak balik on time untuk ambik Ahmad Zuhair yang dijaga babysitter.  Suka sangat tengok dia, boleh hilang letih seharian kat ofis. 

Ahmad Zuhair saya perkenalkan solid food di usia hampir 8 bulan bulan.  Dimulakan dengan puree epal, kentang, avocado, labu, brokoli dan kurma.  Mula-mula merasa makanan, Ahmad Zuhair sangat berselera.  Tetapi pada usia 8 bulan sehingga genap 9 bulan, puree yang diberi tak habis pun dimakannya.  Tapi tak menjadi masalah kerana Ahmad Zuhair kuat minum susu.

Menginjak ke usia 9 bulan dan ke atas, Ahmad Zuhair kembali berselera menikmati solid food.  Mama pun dah mula beri bubur nasi yang dilenyek dan oat yang dimasak juga dilenyek dengan pilihan puree sebanyak 2 jenis.  Seronok tengok dia makan.  Semoga Ahmad Zuhair sentiasa berselera makan dan minum supaya dapat membesar dengan sebaiknya, Ameen...

Today InshaAllah Ahmad Zuhair akan pulang ke kampung.  Doakan semoga perjalanan pergi dan pulang Ahmad Zuhair dilindungi Allah SWT, Ameen...




Love,
Azie

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete