Salam...
Percutian yang agak panjang di penghujung Januari dan awal Februari ini dihabiskan dengan sebaik-baiknya di Kangar, Perlis. Seawal jam 6.50am, ayah sudah memulakan perniagaannya. Aku pula sibuk membersihkan bilik-bilik penginapan di inaiP Ent. (Homestay). Seronok yang tak terhingga. Selain dapat mengeluarkan peluh, bilik-bilik tersebut kemas dan terjaga.
Sesiapa sahaja pasti akan jatuh hati dengan kekemasan bilik-bilik penginapan tersebut. Dengan harga di serendah antara RM80 - RM100 (price negotiable ya...), para penginap akan berasa seolah-olah berada di rumah sendiri. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, kawasan persekitaran yang dijaga rapi ditambah dengan pemandangan menarik, penginapan yang ditawarkan di inaiP Ent. adalah tiada tolok bandingnya. Berikut adalah bilik2 yang berharga RM80/nite:
Bilik ni sangat luas. Selesa bagi penginap sekurang-kurangnya 4 orang. Menjadi pilihan pengunjung yang mementingkan keselesaan bersama family.
Yang ni pun luas jugak. Min 3 orang. Siap boleh skipping lagi dalam bilik ni, hahaha...
Yang ini pun, minimum 3 org. Tilam dan bantal tambahan memang disediakan sekiranya terdapat permintaan.
Bilik yang serba bertemakan earth color=)
Bilik ni paling unik. Berada di tinkat atas membuatkannya special berbanding bilik-bilik yang lain. Ada balcony dan kerusi malas yang disediakan bagi penginap mengambil angin petang. Sesuai untuk pasangan muda, hahaha...Ratenya RM100, tapi call dulu, coz harga boleh dirunding ya...
Bilik air yang selesa
Haaa...tunggu apa lagi. Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa. Sila hubungi Tn Hj Azizan bin Nayan (019-481 7652) segera ok...
Salam Sayang
~Azie
No comments:
Post a Comment