Thursday, October 4, 2012

Hi Sis

Salam..

Tadi Kak Eeda my colleague tanya macamana nak edit entry yg telah dipost??Astagfirullahhal'azim...pheww, sangat killer question tu, hahahahhahahahahha

Well, for a new blogger like me, and randomly enter my blog also, it was kinda problem to explain to her...pity kak Eeda having a friend like me, hahahahhaha...so sorry ya sis=)

Since i'm here right now, just wanna share few new picca...enjoy!!tata...



Thursday, July 12, 2012

Jun 2, 2012::New Phase n Phewww

Salam Happy sangat, Alhamdulillah...tarikh 6 jun 2012 amatlah bermakna:)well, tak sangka ayah akan setuju, tp itu la rezeki namanya... Tak sabar yg sebenarnya nak tunggu date 10.11.12... Harap2 semuanya berjalan lancar, insyaAllah

Tuesday, June 26, 2012

CNY::Makanan Di Kampung

Salam...


Sepanjang percutian kali ini, aku telah cuba sedaya upaya untuk control gaya pemakanan supaya berat badan tak naik dengan mendadak, hahaha...Tapi, itu laa...kita hanya mampu merancang,hehehe...pagi-pagi dah tersedia breakfast yang terdiri daripada bihun@mee goreng, keropok lekor@apam balik...kacang n roti sentiasa ada atas kaunter makanan.cereal macam-macam jenis. air pulak, telah jadi satu kemestian dihidangkan teh tarik. oren twister tersusun berderet-deret, tak termasuk lagi, susu dutch lady, soya n yoghurt drink.hish..abih la dietku...


Dinner plak ummi pernah hidangkan laksa, sup sayur, daging sweet sour, daging black paper, ayam masak merah, ayam goreng dsbgnya...tempe n tauhu selalu ada untu kudap-kudapan...buah oren selambak, nanas yang telah siap dipotong pun ada (aku kan xsuka buah-buahan berkulit, renyah) n betik...alahai mewahnya (Alhamdulillah).


Di kampung juga aku sempat buat kek batik marie utk tok. Buah melaka n kuih lapis pisang juga sempat kumasak untuk test power. Bukan apa, minat memasak mmg ada, tapi mengenangkan bahan-bahan yg perlu disediakan renyah untuk dibeli, mmg membantutkan semangat untuk memasak. Tapi lain ceritanya di kampung ni. Sebut sahaja nak apa, mesti ummi kata ada stok, Alhamdulillah, sangat happy...

Sunday, October 23, 2011

It's Been A While...

Salam...

Well, it's great that i'm back and starting to write again.  It's not because i forgot, it was just not the right time or the simplest words, i am not good in time management;) Sometimes when i had time, i was lazy to do so...

so here i am to tell that i'm missing somone, hahahahhahahhahahahhahahhahahahha...so crazy, but it's soooooo true. He was not around for quite a long time n to make it worse, he is far away from here and i'm jealouse instead, hahahhahahahah


Please come back ASAP n don't forget to buy panettone for me k...

.....

Monday, June 27, 2011

::Inai Putih Homestay::

Salam...

Balik cuti baru-baru ni, seperti biasa akan jadik bibik cum cleaner cum manage kat Inai Putih.  But ok jugak buat semua tu, untuk kepuasan pelanggan dan jugak satu cara untuk exercise.  Ni gambar baru kat homestay tu....

Superior Room: RM100

Superior Room

Superior Room

Deluxe Room: RM80

Sesuai untuk 5 - 6 orang sebilik.

Standard Room RM60 sahaja

Antara kemudahan yang ada

Attached dengan bilik air

Washing Machine dan ampaian berbumbung disediakan

Nat aka pasar pagi.  BEST shopping sayur-sayuran and ayam kat situ...
Kesimpulannya, best balik kampung ni...

Sesiapa yang berminat nak tempat bilik, boleh call saya ye at 0123457133.

tqvm

Wednesday, June 22, 2011

Release Tension

Salam...

Outing bersama member yang best memang best...

Suka tengok gambar ni..nampak klasik n retro, hahahah...ni masa bulan April kot...
Yang pun best. hahaha...asik makan2 dan makan sahaja...

Bersama adik2 di pagi2 buta

Kat Genting dengan Aya...Genting Highlands, Kota Keriangan...

Kat Malee Char Koetiew...Ayam goreng berempah sangat best!!!

Spiderman...oooo Spiderman...Gayat gak wooo

Mood nak upload gambar sahaja...Mood menulis belum mari...

Daaa.....

Thursday, June 2, 2011

Homestay Di Kangar, Perlis::Dedikasi Buat Ayah

Salam...

Pagi-pagi tadi, sebelum keluar rumah, dapat satu emel.  Emelnya berbunyi,

"Jazakillahu bil khair,  It was a nice experience staying at your Home Stay.  Your father, Cikgu Azizan is a very nice and noble person.  May Allah rewards him.  Ameen Allahumma Ameen.
 
ابو صابر الماليزي


So do not become weak, nor be sad, and you will be superior if you are indeed (true) believers. (Aali Imran 3:139)  



Imâm Sufyân ath-Thawrî (rahimahullâh) said:
"The Angels Guard the heavens while Ahl-ul-Hadîth (People of Hadeeth) Guard the Earth."
(Sharaf Ashhâb-il-Hadîth, p. 66, by Imâm al-Khatîb al-Baghdâdî)"
Syukur Alhamdulillah...Setinggi penghargaan jua diucapkan kepada tuan sekeluarga.  Rasa nak menitik air mata baca emel ni.  Mungkin disebabkan saya dan family baru saja berjinak-jinak dalam bisnes yang sebegini, jadi komen-komen daripada para pelanggan memang amat diperlukan sebagai pembakar semangat kami untuk terus menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang. 
Terus call ayah, bagitau pasal benda ni...Knowing my father, yes, he is the greatest man in my world=)  Dia seboleh-bolehnya nak bagi customer dia selesa semasa berada di Inai Putih Homestay.  Sebab dia xnak pengalaman dia menginap di homestay zaman dolu-dolu berulang kepada tetamu-tetamu dia.  Well Done, Ayah...
Di usia yang mencecah 60 tahun, Ayah masih bersemangat untuk memajukan bisnes beliau.  Sejak Inai Putih Ent. beroperasi (last 2 years) sehingga kini, mcm2 renovation yang beliau dah buat untuk tetamu beliau.  Pantang ada teguran or cadangan, beliau akan cuba adakan.  Kami adik-beradik dan Ummi sentiasa berada di belakang beliau, untuk sama-sama membantu menyediakan perkhidmatan penginapan yang terbaik sesuai dengan kehendak pelanggan. 
Sebelum ini ada jugak text from tetamu dari Kelantan, Johor n Melaka, tapi xsempat publish coz waktu tu tgh busy.  Next time ok...
Kepada semua yang pernah menginap di Inai Putih Homestay, sekalung penghargaan diucapkan.  Sekiranya berkelapangan, jangan lupa singgah lagi ke sini ya...Doakan yang terbaik buat kita semua, Amin=)

Salam daripada kami sekeluarga,
Azie, Inai Putih Ent. 
Lambang Semangat Gigih Ayah
Van Yang Penuh Sejarah

Kena Tambah Parking Lot

Bangunan Yang Penuh Bermakna Buat Ayah

Saya Yang Cumil;)

Suka Saya Kalau Menang...Kalau kalah, erk...;)